APA ITU PERSAHABATAN?
Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti
dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan
kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima
kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan
mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di
kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan
kata "Ya".
Dan bila mana dia diam, hatimu berhenti dari
mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata,
dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan
keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi,
dengan kegembiraan tiada terkirakan.Dikala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau
berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya,
mungkin kau nampak lebih jelas dalam
ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang
pendaki, nampak lebih agung daripada tanah
ngarai dataran.Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali
saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar
jangkauan misterinya, bukanlah cinta, tetapi
sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap
yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi
sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia
mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa
mencarinya, untuk sekadar bersama dalam
membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang
waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada
tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati
manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

No comments:
Post a Comment